Science Camp 2017

Setinggi-tinggi tahniah diucapkan kepada Centre for Sustainable Nanomaterials, Universiti Teknologi Malaysia dan penganjur bersama SJK(C) Woon Hwa, Kangkar Pulai dan Institut Kimia Malaysia kerana berjaya mengadakan program Science Camp 2017 di SJK(C) Woon Hwa, Kangkar Pulai.

Aktiviti ini merupakan satu usaha yang amat bermakna untuk mempromosikan kepentingan sains di kalangan pelajar sekolah rendah. Matlamat utama Science Camp 2017 ini adalah untuk memupuk minat dan meningkatkan kesedaran di kalangan pelajar sekolah rendah dalam bidang sains dan teknologi. Tujuan ini selaras dengan inspirasi Kementerian Pendidikan Malaysia yang berhasrat untuk meningkatkan pelibatan pelajar di dalam bidang Sains, Teknologi, Kejuruteraan dan Matematik (STEM) agar dapat bersaing dalam ekonomi abad ke-21. 

Science Camp merupakan aktiviti tahunan CSNano yang biasanya dianjurkan untuk pelajar tingkatan empat dan lima dari sekolah menengah. Pada tahun lepas, Science Camp 2016 telah berjaya diadakan di sekolah jenis kebangsaan (Cina) untuk kali pertama. Pada tahun ini, dengan sokongan kuat daripada pihak UTM serta SJK(C) Woon Hwa, Jawatankuasa Science Camp 2017 telah mengambil inisiatif untuk melatih 20 orang pelajar darjah 6 yang pernah mengikuti Science Camp 2016 sebagai Fasilitator Science Camp 2017. Kami berhasrat usaha ini dapat merangsangkan lagi para pelajar untuk mendalami ilmu sains dan teknologi. Adalah menjadi harapan pihak UTM juga supaya pihak sekolah berminat dan berkebolehan untuk menganjurkan Science Camp pada tahun depan dengan usaha sendiri.

Sebagai Penganjur utama Science Camp 2017, pihak CSNano, Fakulti Sains, UTM ingin merakamkan ribuan terima kasih kepada Tuan Haji Ishak bin Mahbob, Pegawai Pendidikan Daerah Kulai kerana sudi menyokong aktiviti ini. Kami juga terhutang budi kepada guru besar dan guru-guru panitia sains dan PIBG SJK(C) Woon Hwa atas kerjasama yang diberikan bagi menjayakan program ini. Jasa baik IKM(S) dan syarikat-syarikat swasta yang turut menyumbang kepada kejayaan Science Camp 2017 adalah dikenangi.

 

Gambar Sekitar Program Science Camp 

Video Program Science Camp 2017