Tajuk: Perkongsian Ilmu mengenai BMC (Business Model Canvas): Model Perniagaan Dana Pembangunan Teknologi

 Penceramah: Prof. Dr. Rohaizat bin Baharun, AMIM, MIMM, MAANZ (m-rohaizat@utm.my), Professor of Marketing and Retailing, Azman Hashim International Business School (AHIBS), UTM Johor Bahru.

 Pengenalan:

Berkesinambungan dari penganjuran Program CSNano Webinar yang pertama, telah dikongsikan ilmu berkaitan TRL iaitu Technology Readiness Level oleh Penceramah Jemputan, En. Kamrulzaman bin Kamaruddin dari Pusat Nanoteknologi Kebangsaan (NNC), MOSTI. TRL merupakan elemen penting untuk mengukur tahap kematangan teknologi sepanjang fasa penyelidikan, pembangunan dan pengkomersialan dan seterusnya mendapatkan peluang bagi memperolehi dana yang ditawarkan oleh MOSTI. Satu lagi komponen penting dalam pengkomersialan produk penyelidikan ialah Perancangan Model Perniagaan yang perlu disediakan oleh penyelidik bagi mendapatkan dana MOSTI ini. Perancangan model perniagaan yang digunapakai oleh MOSTI ialah Business Model Canvas (BMC).  BMC merupakan kerangka kerja dalam merancang dan menganalisis model perniagaan yang tepat bagi permulaan. Oleh yang demikian, Program CSNano Webinar kali ini telah menjemput Prof. Dr. Rohaizat bin Baharun yang merupakan profesor dalam bidang pemasaran dari AHIBS, UTM bagi meningkatkan pemahaman penyelidik mengenai cara merancang model perniagaan yang sesuai. Dalam BMC ini terdapat 9 elemen yang penting bagi perancangan bentuk perniagaan dan setiap satu elemen tersebut perlu difahami dengan baik bagi memastikan terdapatnya hubungkait antara 9 elemen ini, seterusnya menghasilkan model perniagaan yang sesuai dengan produk penyelidikan yang ingin ini dikomersialkan.  Perancangan model perniagaan yang baik dapat membantu penyelidik dalam perancangan untuk mengkomersialkan dan melestarikan produk penyelidikan mereka dalam pasaran.

 

Untuk muat turun paparan slaid program boleh tekan sini.

Untuk menonton rakaman program, boleh klik di link ini : CSNano Youtube Channel