Aktiviti :

Pemeriksaan dan lawatan makmal CSNano di T02 oleh OSHE UTM.

Tarikh : 9 Februari 2020

Catatan :

1. Fume Hood : Pihak OSHE mencadangkan agar penyelenggaraan dilakukan dan meneliti semula keperluan penggunaan fume hood yang berada di makmal.
Tindakan yang perlu dilakukan : Menghubungi kontraktor untuk memeriksa fume hood yang berada di makmal T02.

2. Ventilation : Pihak OSHE berpendapat bahawa pengaliran udara di makmal kurang baik memandangkan bilangan tingkap tidak mencukupi. Mereka mencadangkan agar ujian “in door air quality” dilakukan.

3. Layout Makmal : Pihak OSHE mencadangkan agar satu layout makmal disediakan dengan mengambilkira keperluan lain seperti sumber elektrik, ducting untuk furnace dan storage cabinet.

4. Keadaan Makmal : Pihak OSHE mencadangkan agar laporan berkaitan kerosakan di makmal segera dihantar kepada PHB. Contoh kerosakan : Dinding basah, bocor dan soket terbakar.

5. Dokumentasi : Pihak OSHE meminta agar dokumen seperti Chemical Register, Chemical Inventory, SDS, Hirarc dan lain-lain dokumen berkaitan disediakan.

6. Sumber Elektrik : Pihak OSHE mencadangkan agar pemeriksaan sumber elektrik dijalankan bagi memastikan tiada sebarang gangguan berkaitan elektrik akan berlaku sekiranya semua instrumen beroperasi kelak.