MALAYSIA ZEOLITE ASSOCIATION

https://linktr.ee/MalaysiaZeolite

Nombor Pertubuhan: PP-029-01-04102021

Tarikh kelulusan: 04/10/2021

Persatuan Zeolit Malaysia atau Malaysia Zeolite Association (MyZA) merupakan satu inisiatif oleh Ibnu Sina Institute for Scientific and Industrial Research (ISI-SIR), UTM bersama Centre for Sustainable Nanomaterials (CSNano), UTM. 

APAKAH ZEOLIT?

Nama zeolit atau zeolite berasal daripada nama Greek yang bermaksud batu (lite) yang mendidih (Zeo). Pada asalnya saintis mendapati apabila batu zeolit ini diletakkan dalam air, buih-buih akan muncul disekitar permukaan zeolit tersebut. Fenomena yang berlaku ini seolah-olah batu ini mendidih dalam air. Akan tetapi, ianya bukanlah fenomena penghasilan buih yang terhasil daripada pendidihan tapi udara-udara yang terkeluar disekitar permukaan zeolit datang daripada keliangan atau rongga-rongga kecil yang terdapat di batu tersebut. Keliangan ialah lubang-lubang atau rongga-rongga kecil yang ada didalam batu tersebut. 

Sertai kami sebagai Ahli Persatuan

Sila hubungi mana-mana Ahli Jawatankuasa MyZA untuk dapatkan sokongan, dan isikan maklumat dalam Borang Keahlian MyZA.

Ahli Jawatankuasa (AJK) & Juru Audit

  • Prof Dr. Mohd Hafiz Dzarfan
  • Prof Madya Dr. Mohd Hasmizam
  • Dr. Muhammad Hariz Asraf
  • Dr. Nur Fatiha Ghazalli
  • Dr. Tengku Sharifah Marliza

    Juru Audit

    • Dr. Juan Matmin
    • Prof. Madya Dr. Lee Siew Ling

    MESYUARAT PENUBUHAN PERSATUAN ZEOLIT MALAYSIA

    Tarikh           : 4 Mei 2021(Selasa)
    Masa             : 2.30 petang – 4.30 petang
    Platform       : Atas Talian (Webex)

    MESYUARAT AGUNG DWITAHUNAN KALI PERTAMA

    5 MAC 2022 (SABTU)

    9.00 – 11.30 PAGI

    DALAM TALIAN (WEBEX)

    “Persatuan Zeolit Malaysia adalah sebuah pertubuhan berkaitan
    dengan bahan zeolit iaitu salah satu mineral semulajadi dan sintetik yang
    digunakan dalam bidang pertanian, pemangkinan, industri dan penternakan
    serta penyelidikan saintifik. Persatuan ini juga dikenali sebagai MyZA, iaitu,
    Malaysia Zeolite Association.”

    Ready To Get Started?

    BLOK N31, CENTRE FOR SUSTAINABLE NANOMATERIALS (CSNANO), IBNU
    SINA INSTITUTE FOR SCIENTIFIC AND INDUSTRIAL RESEARCH, UNIVERSITI
    TEKNOLOGI MALAYSIA
    81310 JOHOR BAHRU
    JOHOR

     

    Email: myzeoliteassociation@gmail.com